12 Oktober 2016 - Anwar didapati bersalah Kes liwat Anwar Ibrahim II

Pada 12 Oktober 2016, Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, 3 Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim membuat semakan diatas dakwaan kes Liwat II, jika Anwar dibuktikan tidak bersalah, Anwar Ibrahim akan dibebaskan dan mampu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Pada 14 Disember 2016, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes liwat yang dihadapinya. Dalam prosiding yang bermula pada jam 10.19 minit pagi, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan semakan berkenaan mengikut aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 tidak mempunyai sebarang merit. Dengan keputusan itu, Anwar yang sudah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selama setahun 10 bulan perlu menghabiskan baki hukuman penjara lima tahun yang diperintahkan ke atasnya. [31]

Rujukan

WikiPedia: Kes liwat Anwar Ibrahim II http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-port-... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35287... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php...